Apakah 1BestariNet Teacher Awards?

1BestariNet Teacher Awards merupakan satu penganugerahan peringkat kebangsaan yang dianjurkan sejak tahun 2014 untuk menghargai guru-guru abad ke-21 di seluruh Malaysia. Pada tahun 2017 ini, matlamat kami adalah untuk meraikan dan mengiktiraf guru-guru yang mempraktikkan pendekatan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.

 

Apakah kriteria minima untuk pencalonan?

Tiada kriteria minima ditetapkan, walau bagaimanapun seorang guru yang dicalonkan digalakkan untuk menguasai sekurang kurangnya satu daripada tiga kemahiran berikut

  1. Kemahiran pembelajaran dan inovasi

  2. Kemahiran maklumat, media dan teknologi

  3. Kemahiran hidup dan kerjaya

 

Bagaimanakah cara untuk menghantar pencalonan?

  1. Klik pada pautan >DISINI

  2. Lengkapkan borang pencalonan

  3. Tekan butang “Hantar Pencalonan”

 

Bolehkah saya menghantar lebih dari satu pencalonan?

Ya! Anda boleh menghantar lebih dari satu pencalonan. Lebih banyak pencalonan yang dihantar lebih tinggi peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

 

Siapakah yang boleh menghantar pencalonan?

Pencalonan boleh di hantar oleh semua warga pendidikan termasuk ibu bapa, guru-guru, pelajar, pegawai pendidikan.

 

Bolehkah saya mencalonkan diri sendiri?

Ya, sebagai seorang guru anda boleh mencalonkan diri sendiri dan rakan guru yang lain.

 

Bagaimanakah saya boleh melengkapkan pengalaman 1BestariNet Teacher Awards 2017?

  1. Calonkan guru abad ke 21 anda

  2. Hantarkan ucapan dedikasi

  3. Undian guru inspirasi

  4. Gunakan #1bnta #terimakasihcikgu di laman sosial anda.

 

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan berikut >DISINI

 

Apakah tarikh-tarikh penting yang perlu saya tahu

  1. Pencalonan: 22 Mac sehingga 15 April

  2. Undian: 16 April sehingga 14 May

  3. Dedikasi: 22 Mac Sehingga 12 May

 

Apakah proses pencalonan 1BNTA 2017?

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan berikut >DISINI

 

Sekiranya saya telah menjadi pemenang 1BNTA pada tahun 2016, adakah saya masih layak untuk menjadi calon pada tahun ini?

Ya, anda masih layak untuk menjadi calon walaupun anda telah menjadi pemenang pada tahun 2016 dan tahun sebelumnya.

 

Apakah Peraduan Dedikasi Guru?

Dedikasi Guru adalah peraduan menulis ucapan dedikasi kepada guru kesayangan anda. Ucapan dedikasi yang paling kreatif akan dipilih setiap minggu. Pemenang akan di umumkan di laman web rasmi 1BNTA.

 

Siapakah yang boleh menyertai peraduan dedikasi?

Peraduan ucapan dedikasi kepada guru hanya terbuka kepada pelajar sekolah.

 

Apakah talian bantuan yang boleh dihubungi?

Anda boleh menghubungi kami melalui email: 1bnta@frogasia.com atau hubungi meja urusetia 1BNTA 018-7997979 ext (7965).

 

Berapakah jumlah kategori yang dipertandingkan pada tahun ini?

Tiada. Tahun ini kami tidak menetapkan sebarang kategori untuk dipertandingkan.

 

Berapakah jumlah anugerah yang dipertandingkan tahun ini?

Sebanyak 3 anugerah 1BNTA dan 1 anugerah Guru Inspirasi.

 

Apakah pecahan anugerah 1BNTA?

  1. Juara

  2. Naib Juara

  3. Tempat ketiga