KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU

Pendidik yang mengajar murid-murid abad ke-21 perlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk memantapkan keberkesanan pembelajaran dan hasil pengajaran. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh pendidik ialah:

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation Skills)

           Kemahiran maklumat, media                              dan teknologi                     (Information, media and technology skills)

        Kemahiran hidup dan kerjaya                      (Life and Career Skills)

 

ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN

 

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DITERAPKAN OLEH GURU ABAD KE-21

CRITICAL THINKING (Pemikiran Kritis)

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut.

CREATIVE THINKING (Pemikiran Kreatif)  

Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

COLLABORATION (Kolaborasi)

Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh  beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu  bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan.

CHARACTER (Perwatakan)

Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi.

COMMUNICATION (Komunikasi)

Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan efektif