Sept_Lilypad_quick-10.jpg
Leaps15_MediaRelease-48.jpg
JulyLeaps_Hightlight-11.jpg
Sept_Lilypad_quick-10.jpg

PAK-21


SCROLL DOWN

PAK-21


Cara pendekatan dan rupa bentuk pendidikan sering dibincang dan banyak bahan-bahan pendidikan yang membicarakan mengenai pendidikan yang berkesan untuk pendidik masa kini dan masa hadapan. Pakar-pakar pendidikan sebulat suara bersetuju bawaha kaedah PdP perlu berubah mengikut perkembangan teknologi semasa seperti akses kepada internet yang laju dan perkembangan teknologi cyber. Pendekatan konvensional, “chalk and talk” tidak lagi memberi kesan yang diharapkan kepada murid-murid dan sebaliknya memerlukan pendekatan yang lebih fleksibel dan dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang seiring dengan keperluan dan kehendak murid-murid abad ke-21.


Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Bahkan,perubahan dalam pendidikan sentiasa perlu seiring dengan perkembangan teknologi atau selangkah kehadapan. Pendidik harus peka dan sedia untuk menerima perubahan ini agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan ke aras yang lebih tinggi.

 

Leaps15_MediaRelease-48.jpg

KEMAHIRAN


KEMAHIRAN


KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU

Pendidik yang mengajar murid-murid abad ke-21 perlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk memantapkan keberkesanan pembelajaran dan hasil pengajaran. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh pendidik ialah:

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation Skills)

           Kemahiran maklumat, media                              dan teknologi                     (Information, media and technology skills)

        Kemahiran hidup dan kerjaya                      (Life and Career Skills)

 

ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN

 

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DITERAPKAN OLEH GURU ABAD KE-21

CRITICAL THINKING (Pemikiran Kritis)

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut.

CREATIVE THINKING (Pemikiran Kreatif)  

Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

COLLABORATION (Kolaborasi)

Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh  beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu  bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan.

CHARACTER (Perwatakan)

Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi.

COMMUNICATION (Komunikasi)

Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan efektif

JulyLeaps_Hightlight-11.jpg

MANFAAT PELAJAR


MANFAAT PELAJAR


CIRI-CIRI PELAJAR YANG BOLEH DIPEROLEH DARIPADA
PEMBELAJARAN ABAD KE-21

 

Berupaya membuat hubung kait

Yakin berkomunikasi

Bijak menyoal

Yakin berkomunikasi

Dahagakan ilmu

Mengambil risiko

Ingin tahu

Menjana idea

Fleksibel

Tidak berputus asa

 

 

Mendengar dan membuat refleksi

Berkemahiran kritis

Menguasai kemahiran literasi

Berani mencuba

Mampu berfikir sendiri

Berinisiatif

Mampu berkerja dengan orang

Membuat perubahan

Berintegriti

Berkeperibadian tinggi

 

Dipetik daripada: Buletin Anjakan Bil.4/2015 Topik: Pembelajaran Abad Ke-21