Cara pendekatan dan rupa bentuk  pendidikan sering dibincang dan banyak bahan-bahan pendidikan yang membicarakan mengenai pendidikan yang berkesan untuk pendidik masa kini dan masa hadapan. Pakar-pakar pendidikan sebulat suara bersetuju bawaha kaedah PdP perlu berubah mengikut perkembangan teknologi semasa seperti akses kepada internet yang laju dan perkembangan teknologi cyber. Pendekatan konvensional, “chalk and talk” tidak lagi memberi kesan yang diharapkan kepada murid-murid dan sebaliknya memerlukan pendekatan yang lebih fleksibel dan dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang seiring dengan keperluan dan kehendak murid-murid abad ke-21.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Bahkan,perubahan dalam pendidikan sentiasa perlu seiring dengan perkembangan teknologi atau selangkah kehadapan. Pendidik harus peka dan sedia untuk menerima perubahan ini agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan ke aras yang lebih tinggi.


Dipetik daripada: Buletin Anjakan Bil.4/2015 Topik: Pembelajaran Abad Ke-21

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation Skills)

        Kemahiran maklumat, media                              dan teknologi                     (Information, media and technology skills)

        Kemahiran hidup dan kerjaya           (Life and Career Skills)

                    ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG                  DALAM KEMAHIRAN