Apakah 1BestariNet Teacher Awards?

Sejak dilancarkan pada tahun 2014, 1BestariNet Teacher Awards telah menjadi satu penganugerahan tahunan dan juga penghargaan untuk para pendidik perintis di seluruh Malaysia. Dianjurkan oleh FrogAsia dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia, anugerah ini bertujuan mengiktiraf pendidik perintis dari seluruh negara yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam menggunakan teknologi  untuk meningkatkan taraf pembelajaran & pengajaran dalam bilik darjah di seluruh negara

 

Apakah Tema 1BestariNet Teacher Awards tahun ini?

Tema 1BestariNet Teacher Awards pada tahun ini ialah "Meraikan Guru yang Menerajui Pendidikan ke Tahap yang Baharu." 

 

Apakah kriteria minima untuk pencalonan?

Tiada kriteria minima ditetapkan, walau bagaimanapun seorang guru yang dicalonkan haruslah mempunyai iltizam untuk meningkatkan tahap penguasaan dalam pembudayaan amalan pendidikan abad ke-21

 

Bagaimanakah cara untuk menghantar pencalonan?

  1. Klik pada pautan >DISINI

  2. Lengkapkan borang pencalonan

  3. Tekan butang “Hantar Pencalonan”

 

Bolehkah saya menghantar lebih dari satu pencalonan?

Ya! Anda boleh menghantar lebih dari satu pencalonan. Lebih banyak pencalonan yang dihantar lebih tinggi peluang untuk calon mara ke peringkat seterusnya.

 

Siapakah yang boleh menghantar pencalonan?

Pencalonan boleh di hantar oleh semua warga pendidikan termasuk ibu bapa, guru-guru, pelajar, pegawai pendidikan.

 

Bolehkah saya mencalonkan diri sendiri?

Ya, sebagai seorang guru anda boleh mencalonkan diri sendiri dan rakan guru yang lain.

 

Bagaimanakah saya boleh melengkapkan pengalaman 1BestariNet Teacher Awards 2018?

  1. Calonkan guru abad ke 21 anda

  2. Undi calon guru inspirasi

  3. Gunakan #1bnta #terimakasihcikgu di laman sosial anda.

 

Apakah tarikh-tarikh penting yang perlu saya tahu

  1. Pencalonan: 30 Mac - 15 April

  2. Undian Guru Inspirasi : 20 April - 3 Mei

 

Apakah proses peanugerahan 1BNTA 2018?

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan berikut >DISINI

 

Sekiranya saya telah menjadi pemenang 1BNTA pada tahun 2017 adakah saya masih layak untuk menjadi calon pada tahun ini?

Ya, anda masih layak untuk menjadi calon walaupun anda telah menjadi pemenang pada tahun 2017 dan tahun sebelumnya.

 

Apakah talian bantuan yang boleh dihubungi?

Anda boleh menghubungi kami melalui email: 1bnta@frogasia.com atau hubungi meja urusetia 1BNTA 018-7997979 ext (7965).

 

Apakah pecahan anugerah tahun 2018?

  1. JUARA 1BNTA 2018

  2. NAIB JUARA 1BNTA 2018

  3. TEMPAT KETIGA 1BNTA 2018

  4. GURU INSPIRASI 1BNTA (berdasarkan Undian tertinggi - Calon pilihan umum)