1BNTA_2018-03.png
Artboard 52.png
Artboard 52 copy.png
1BNTA_2018-03.png

1BESTARINET TEACHER AWARDS


MERAIKAN GURU YANG MENERAJUI PENDIDIKAN KE TAHAP BAHARU

SCROLL DOWN

1BESTARINET TEACHER AWARDS


MERAIKAN GURU YANG MENERAJUI PENDIDIKAN KE TAHAP BAHARU

 
Artboard 41 copy 5.png
Artboard 41 copy.png

1BESTARINET TEACHER AWARDS

Sejak dilancarkan pada tahun 2014, 1BestariNet Teacher Awards telah menjadi satu penganugerahan tahunan dan juga penghargaan untuk para pendidik perintis di seluruh Malaysia

Dianjurkan oleh FrogAsia dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia, anugerah ini bertujuan mengiktiraf pendidik perintis dari seluruh negara yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam menggunakan teknologi  untuk meningkatkan taraf pembelajaran & pengajaran dalam bilik darjah di seluruh negara

Artboard 52 copy 2.png



"Meraikan Guru yang   Menerajui Pendidikan ke   Tahap Baharu"


Tahun ini, tema 1BestariNet Teacher Awards ialah “Meraikan Guru yang Menerajui Pendidikan ke Tahap Baharu”. Kami ingin memberikan pengiktirafan kepada guru di seluruh negara yang telah menjadi peneraju dalam memainkan peranan sebagai pendidik yang telah meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran melalui Frog. Kami juga ini memberikan penghargaan kepada guru-guru yang menerajui kepimpinan melalui sokongan yang telah ditunjukkan kepada guru lain dalam perlaksanaan pendidikan abad ke-21 serta  dalam perlaksanaan perlbagai inisiatif dalam petadbiran dan aktiviti sekolah.

 

1BESTARINET 2017
Pengiktirafan Pendidik Abad-21

Pada tahun lepas, seramai 5 orang guru diberi menerima penganugerahan 1BestariNet Teacher Awards. Tiga guru menerima Anugerah 1BNTA dan dua guru lagi menerima anugerah untuk kategori khas iaitu Guru Inspirasi (Calon dengan undi tertinggi) dan Anugerah Penghargaan Khas. Pemenang Anugerah membawa pulang trofi 1BNTA, sebuah Chromebook, gadget IT dan juga tiket lawatan ke Petrosains.

IMG_5576.jpg
 
Pencalonan.png
 
 
Artboard 52.png

ASPIRASI GURU


ASPIRASI GURU


Cara pendekatan dan rupa bentuk  pendidikan sering dibincang dan banyak bahan-bahan pendidikan yang membicarakan mengenai pendidikan yang berkesan untuk pendidik masa kini dan masa hadapan. Pakar-pakar pendidikan sebulat suara bersetuju bahawa kaedah PdP perlu berubah mengikut perkembangan teknologi semasa seperti akses kepada internet yang laju dan perkembangan teknologi siber. Pendekatan konvensional, “chalk and talk” tidak lagi memberi kesan yang diharapkan kepada murid-murid dan sebaliknya memerlukan pendekatan yang lebih fleksibel dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang seiring dengan keperluan dan kehendak murid-murid abad ke-21.

Artboard 52 copy.png

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Bahkan, perubahan dalam pendidikan sentiasa perlu seiring dengan perkembangan teknologi atau selangkah kehadapan. Pendidik harus peka dan sedia untuk menerima perubahan ini agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan ke aras yang lebih tinggi.

Dipetik daripada: Buletin Anjakan Bil.4/2015 Topik: Pembelajaran Abad Ke-21

 

KEMAHIRAN - KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI GURU

Pendidikan hari ini mempunyai cabaran yang sangat luas dari segi penguasaan kemahiran. Ledakan sumber maklumat yang disandarkan kepada kelajuan akses internet menjadikan bahan rujukan pembelajaran semakin banyak. Ditambah dengan cabaran arus kemodenan yang semakin pantas berkembang, pendidik juga perlu mempersiapkan diri dalam mengusai kemahiran-kemahiran pengajaran dan pembelajaran sekaligus peneraju dan contoh dalam perlaksanaan pendidikan abad ke-21.

[1BNTA] Information, Media, Technology and Skills Icon.png

Kemahiran hidup dan kerjaya 

(Life and Career Skills)

Artboard 41 copy 4.png

 Kemahiran maklumat, media  dan teknologi

(Information, media and technology skills)

[1BNTA] Light Bulb Icon-01.png

 Kemahiran pembelajaran dan inovasi

(Learning and innovation Skills)

 
[1BNTA] Website Icon V2_Elemen copy.png
 

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN

Tuntutan kehidupan yang lebih kompleks dalam abad ke-21 memerlukan kita mempunyai pemikiran yang KRITIS, KREATIF dan INOVATIF kerana kebanyakan keperluan harian telah diautomasi yang membuat kita kurang berfikir dan kreatif. Kehidupan yang mencabar dalam era globalisasi menyebabkan kepada capaian maklumat di hujung jari tanpa sempadan masa, tempat dan kadar kendiri. Oleh itu, kita perlu bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat. Terdapat banyak ruang untuk meluahkan pandangan, hasrat dan perasaan dalam dunia digital ini, maka kita perlu bijak membuat keputusan semasa bahan dimuat naikkan. Kesemua ini memerlukan kita mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT adalah akronim untuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau dalam bahasa Inggeris Higher Order Thinking Skills (HOTS).

 

DEFINISI KBAT

KBAT membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

[1BNTA18]-Pelaksanaan-KBAT.png

PELAKSANAAN KBAT

Bagi melaksanakan KBAT di sekolah terdapat 7 elemen iaitu Kurikulum, Pedagogi, Pentaksiran, Kokurikulum, Sokongan Komuniti & Swasta, Bina Upaya dan Sumber.

 

7 ELEMEN DALAM
MELAKSANAKAN KBAT

 
 
[1BNTA18]-KBAT_Elemen-Utama_Black.png
 
[1BNTA18]-7-Elemen-V2-15.png

KURIKULUM

  • Elemen KBAT dalam kurikulum
  • Menyediakan standard KBAT dari prasekolah ke Tingkatan 5
[1BNTA18] 7 Elemen-V2-16.png

PEDAGOGI

Pedagogi KBAT yang efektif dalam bilik darjah berdasarkan penggunaan alat berfikir seperti program i-THINK

[1BNTA18] 7 Elemen-V2-17.png

PENTAKSIRAN

  • Tingkatkan % dan kualiti soalan-soalan pentaksiran
  • Menyediakan manual pembina item KBAT
 
 
[1BNTA18]-KBAT_Elemen-Sokongan_Black.png
 
[1BNTA18] 7 Elemen-19.png

KOKURIKULUM

  • Menyediakan toolkit untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan
  • Setiap murid terlibat di dalam projek 1 Murid 1 Projek (1M1P) untuk meningkatkan KBAT
[1BNTA18] 7 Elemen-20.png

SOKONGAN KOMUNITI
& SWASTA

Mewujudkan mekanisme galakan penyertaan komuniti dan sektor swasta untuk menyokong KBAT dalam aktiviti di sekolah

[1BNTA18] 7 Elemen-21.png

BINA UPAYA

Menyediakan latihan KBAT kepada guru dan SISC+ dalam KBAT

[1BNTA18] 7 Elemen-22.png

SUMBER

Mempertingkatkan dan mempelbagaikan bahan sumber KBAT

 

CIRI ITEM KBAT

 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT.png
 
 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

SITUASI SEBENAR DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin

[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

ITEM TIDAK BERULANG

  • Item berbeza setiap tahun
  • Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks, buku kerja, buku latihan dan lain-lain
 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

STIMULUS

Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal

[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

KATA TUGAS

Mempelbagaikan kata tugas untuk mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif

 
 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

KONTEKS BUKAN LAZIM

  • Menggunakan situasi baharu di luar bilik darjah
  • Menggalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah
 
 
Artboard 52 copy.png

ASPIRASI MURID


ASPIRASI MURID


Dalam melahirkan murid yang berdaya saing beberapa perkara perlu dititik beratkan selaras dengan konsep pendidikan Abad Ke-21. Corak pembelajaran perlu di seimbangkan agar murid-murid mendapat peluang untuk mengusai pembelajaran mereka. Corak pembelajaran tradisional yang masih relevan perlu di tambah nilai dengan corak pembelajaran abad ke-21 agar proses kemenjadian murid boleh direalisasikan dengan lebih efektif.

[1BNTA] Website Icon V2_Dahulu & Kini.png
 

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DI TERAPKAN DALAM KALANGAN MURID ABAD KE-21

 
[1BNTA] Website Icon V2_5C.png
 

Konsep 5C merupakan konsep pembelajaran dan pemudahcaraan yang boleh diterapkan dalam pendidikan abad ke-21. Murid - murid perlu di bekalkan dengan keupayaan untuk mengusai 5 konsep tersebut iaitu Pemikiran Kritis, Pemikiran Kreatif, Kolaburasi, Perwatakan dan Komunikasi. Diharapkan dengan pengaplikasian 5C ini, kemenjadian murid dapat dibentuk dalam menghasilkan generasi masa depan yang lebih berdaya saing dan mampu menjadi agen perubahan kepada komuniti dan negara.

[1BNTA] Website Icon V2-10.png

CRITICAL THINKING (Pemikiran Kritis)

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut.

[1BNTA] Website Icon V2-11.png

CREATIVE THINKING (Pemikiran Kreatif)  

Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

[1BNTA] Website Icon V2-12.png

COLLABORATION (Kolaborasi)

Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh  beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu  bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan.

[1BNTA] Website Icon V2-13.png

CHARACTER (Perwatakan)

Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi.

[1BNTA] Website Icon V2-14.png

COMMUNICATION (Komunikasi)

Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan efektif